Posts

Showing posts from September, 2023

Hilangkan Bau Ketiak

  Terbukti berkesan dan mudah diamalkan. Hanya ikuti 3 langkah mudah untuk bebas dari bau ketiak. Salam Sejahtera kepada anda semua.... Saya ingin berkongsi sedikit petua bagaimana hendak mengelakkan ketiak anda berbau peluh. Jika anda mengalami bau ketiak, anda perlu segera bertindak kerana ia boleh menjejaskan imej anda. Terutama sekali jika anda seorang perempuan. Pasti anda tidak berkeyakinan berada dekat dengan orang lain dan merasa sangat malu. Oleh itu, saya mempunyai sedikit cara yang dapat membantu anda hasil daripada pengalaman saya dahulu. Terus terang saya katakan bahawa saya memang pernah mengalami masalah sedemikian suatu ketika dahulu sehingga diejek. Tetapi saya mengambil ejekan tersebut untuk memperbaiki kekurangan. Saya segera mengamalkan tips seperti yang terdapat di bawah;- - Mandi. Anda perlu mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mandi boleh mengurangkan bau badan dan menyingkirkan bakteria/kuman dari kulit anda. - Produk yang sesuai. Setiap kali selepas anda...

Doa Batin

 Doa batin dalam ajaran agama Katolik merujuk kepada doa-doa yang dipanjatkan dalam hati atau jiwa seseorang tanpa mengucapkannya secara verbal. Ini adalah bentuk doa yang lebih dalam dan pribadi, di mana seseorang berkomunikasi langsung dengan Tuhan dalam kesunyian dan refleksi. Doa batin dalam agama Katolik mencakup berbagai jenis doa, seperti meditasi, kontemplasi, dan pengakuan dosa secara pribadi. Beberapa contoh doa batin dalam Katolik melibatkan: 1. Meditasi: Ini adalah bentuk doa di mana seseorang merenungkan suatu topik agama atau peristiwa dalam kehidupan Kristus. Seseorang dapat memvisualisasikan peristiwa-peristiwa tersebut dalam pikirannya dan merenungkan maknanya. 2. Kontemplasi: Ini adalah bentuk doa yang lebih dalam di mana seseorang mencari pemahaman yang lebih dalam tentang kehadiran Tuhan dalam hidup mereka. Kontemplasi seringkali melibatkan kesunyian dan refleksi mendalam. 3. Pengakuan Dosa Pribadi: Sebagai bagian dari persiapan untuk Sakramen Tobat, seorang Kat...

Skor Matematik SPM

  Salam sejahtera semua Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dalam matapelajaran matematik di peringkat SPM berdasarkan pengalaman sewaktu dibangku sekolah lagi. Saya hanya mendapat 7 kredit dan 2 lulus daripada 9 matapelajaran yang diambil. Itu pun saya tidak memberikan tumpuan dan usaha sepenuhnya. Bayangkanlah jika saya gandakan lagi usaha sehingga 100%, sudah pasti saya mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang lagi. Baiklah kita terus kepada tips untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang seperti di bawah;- 1) Berdoa. Berdoa sangat penting untuk kita memulakan sesuatu perkara. Memohon bimbingan disepanjang proses pembelajaran. Berdoalah agar anda memperolehi keputusan yang cemerlang. 2) Latih tubi. Anda perlu melakukan latih tubi ataupun melakukan latihan secara kerap untuk melatih diri anda menjawab soalan. Dengan itu, anda akan dapat memperbaiki kemahiran menjawab soalan serta memudahkan anda menjawab soalan dengan baik. 3) Bengkel skema. Biasanya pelajar yang terpilih akan me...