Skor Matematik SPM

 

Salam sejahtera semua

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dalam matapelajaran matematik di peringkat SPM berdasarkan pengalaman sewaktu dibangku sekolah lagi. Saya hanya mendapat 7 kredit dan 2 lulus daripada 9 matapelajaran yang diambil. Itu pun saya tidak memberikan tumpuan dan usaha sepenuhnya. Bayangkanlah jika saya gandakan lagi usaha sehingga 100%, sudah pasti saya mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang lagi.

Baiklah kita terus kepada tips untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang seperti di bawah;-

1) Berdoa.
Berdoa sangat penting untuk kita memulakan sesuatu perkara. Memohon bimbingan disepanjang proses pembelajaran. Berdoalah agar anda memperolehi keputusan yang cemerlang.

2) Latih tubi.
Anda perlu melakukan latih tubi ataupun melakukan latihan secara kerap untuk melatih diri anda menjawab soalan. Dengan itu, anda akan dapat memperbaiki kemahiran menjawab soalan serta memudahkan anda menjawab soalan dengan baik.

3) Bengkel skema.
Biasanya pelajar yang terpilih akan mengikuti bengkel skema. Syukur saya merupakan salah satu pelajar yang terpilih sewaktu dibangku sekolah di tingkatan 5 dahulu. Terdapat banyak perkongsian mengenai teknik menjawab soalan dengan mudah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Jika anda ingin menjadi pelajar terpilih, anda perlulah rajin berusaha dan mendapatkan keputusan yang baik di setiap ujian atau peperiksaan yang berlangsung. Jika anda tidak tergolong dalam pelajar tersebut, anda perlu bertanya atau mohon tunjuk ajar daripada pelajar yang mengikuti bengkel skema itu.

4) Rajin bertanya.
Anda perlu bertanya dengan guru anda jika terdapat sebarang soalan(sama ada kerja sekolah atau soalan latih tubi anda) yang tidak dapat diselesaiikan pada kadar segera. Terpulanglah pada anda untuk mencari masa yang sesuai untuk bertanya pada guru anda. Saya pernah tidak makan pada waktu rehat semata-mata ingin menyelesaikan soalan yang tidak dapat diselesaikan. Itu pengalaman semasa di sekolah lagi.

5) Semangat untuk berjaya.
Dengan semangat yang tinggi anda pasti mencapai maltamat hidup anda. Lakukanlah bersungguh-sungguh. Bayangkanlah jika anda mempunyai semangat rajin yang tinggi untuk mendapat keputusan yang cemerlang pasti orang tua kita akan merasa kagum dan baik untuk diri anda untuk terus menyambung pelajaran anda ke menara gading. Selain itu, pasti banyak peluang yang lebih baik terbuka luas bagi mereka yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Sekian itu sahaja sedikit perkongsian saya. Semoga tips ini dapat membantu anda yang menempuh peperiksaan SPM yang akan datang. Berusahalah bersungguh-sungguh agar anda tidak akan menyesal disuatu hari nanti. Seperti pepatah orang dahulu 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Tingkatkan usaha anda sehingga berjaya dan jangan sesekali mudah mengalah. Semoga berjaya kepada anda.


Sebagai info tambahan anda boleh lah meneruskan baca isi kandungan yang terdapat di bawah:-

Tentu, berikut adalah beberapa idea dan ulasan mengenai bagaimana untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek Matematik:

 

1. **Pahami Konsep Asas**: Pastikan anda memahami dengan baik konsep-konsep asas dalam Matematik seperti operasi asas, aljabar, geometri, dan statistik. Ini membentuk asas yang kukuh untuk memahami topik yang lebih kompleks.

 

2. **Amalkan Latihan**: Amalkan menjalankan latihan-latihan Matematik secara berkala. Latihan membantu meningkatkan kecekapan dan ketepatan anda dalam menyelesaikan soalan-soalan Matematik.

 

3. **Gunakan Pelbagai Sumber**: Gunakan pelbagai sumber pembelajaran seperti buku teks, tutorial dalam talian, video pembelajaran, dan aplikasi Matematik. Pelbagai sumber membantu anda memahami konsep dengan cara yang berbeza, memperkukuhkan pemahaman anda.

 

4. **Bimbingan Tambahan**: Jika memerlukan bantuan tambahan, cari bimbingan tambahan dari guru, tutor, atau kelas tambahan Matematik. Mereka dapat memberi tunjuk ajar yang lebih peribadi dan membantu menyelesaikan keraguan anda.

 

5. **Terlibat Aktif Dalam Pembelajaran**: Ajukan soalan, sertai perbincangan, dan terlibat aktif dalam pembelajaran. Ini membantu memperdalam pemahaman anda dan mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki.

 

6. **Buat Catatan**: Buat catatan atau rumusan bagi setiap topik yang dipelajari. Ini membantu mengingat semula konsep-konsep penting dan teknik penyelesaian.

 

7. **Sudahkan Matematik Setiap Hari**: Berikan sedikit masa setiap hari untuk belajar Matematik. Konsistensi penting untuk memahami dan menguasai subjek ini.

 

8. **Lakukan Soalan-Soalan Past Year**: Lakukan soalan-soalan tahun-tahun lepas bagi ujian-ujian yang dijadualkan. Ini membantu anda memahami corak soalan yang biasa ditanyakan dan memberi anda idea tentang bagaimana menguruskan masa ujian dengan cekap.

 

9. **Berinteraksi dengan Rakan Sebaya**: Berkongsi idea dan strategi pembelajaran dengan rakan sebaya yang juga mengambil subjek Matematik. Ini dapat memberi anda pandangan baru dan memotivasikan anda untuk terus berusaha.

 

10. **Berdoa dan Berusaha**: Berdoa kepada Tuhan dan berusaha dengan tekun. Kejayaan dalam Matematik memerlukan kesabaran, kegigihan, dan keyakinan bahawa anda boleh mencapainya dengan usaha yang mencukupi.

 

Dengan mengamalkan kaedah-kaedah di atas dan mempunyai tekad yang kuat, anda pasti dapat mencapai kecemerlangan dalam subjek Matematik.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Anda boleh tinggalkan sebarang komen di ruangan bawah dan sila share. Sekian daripada saya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara atasi hutang

Cara menangani skizofrenia

Cara Menguruskan Kewangan