Hilangkan Bau Ketiak
Terbukti berkesan dan mudah diamalkan. Hanya ikuti 3 langkah mudah untuk bebas dari bau ketiak. Salam Sejahtera kepada anda semua.... Saya ingin berkongsi sedikit petua bagaimana hendak mengelakkan ketiak anda berbau peluh. Jika anda mengalami bau ketiak, anda perlu segera bertindak kerana ia boleh menjejaskan imej anda. Terutama sekali jika anda seorang perempuan. Pasti anda tidak berkeyakinan berada dekat dengan orang lain dan merasa sangat malu. Oleh itu, saya mempunyai sedikit cara yang dapat membantu anda hasil daripada pengalaman saya dahulu. Terus terang saya katakan bahawa saya memang pernah mengalami masalah sedemikian suatu ketika dahulu sehingga diejek. Tetapi saya mengambil ejekan tersebut untuk memperbaiki kekurangan. Saya segera mengamalkan tips seperti yang terdapat di bawah;- - Mandi. Anda perlu mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mandi boleh mengurangkan bau badan dan menyingkirkan bakteria/kuman dari kulit anda. - Produk yang sesuai. Setiap kali selepas anda...